Thursday, May 30, 2013

pencuri masa teragung

siapakah pencuri masa teragung? dalam buku motivasi yang bertajuk 'senyumlah' ada menyatakan  kemalasan untuk berbuat sesuatu ialah pencuri masa teragung. yang menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita yang liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dengan penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.

duduk tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah menyebabkan berlakunya pembaziran waktu..sesetengah individu tak tahu nak buat apa..katanya "bosanlah, tak tahu nak buat apa". sedangkan Imam Hassan al-Banna berkata "tanggungjawab melebihi masa yang ada".so, apa yang dapat difahami daripada kata-kata ini ialah tidak perlu timbul perasaan bosan disebabkan tak tahu nak buat apa, sedangkan seagai orang Islam banyak tanggungjawab..tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumu ini..

sebenarnya, jika tiada kerja yang bermanfaat, kita boleh bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku..boleh jugak dapat ilmu walaupun sedikit..ataupun berzikir, menulis, memebersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yang bermanfaat yang boleh menjauhkan diri kita daripada termenung dan kebosanan.
kita perlu mengejar masa..masa takkan menunggu kita..