Friday, April 26, 2013

duit banyak...hidup bahagia???


assalamualaikum wbt..
setelah sekian lama menyepi,hari ini saya ingin berkongsi mengenai kaedah mencari bahagia menurut al-Quran dan as-Sunnah yang diambil daripada blog Ustaz Pahrol Juoi..http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/
Dalam blog tersebut, beliau menyatakan tujuh kaedah iaitu:-
1) beriman dan beramal salih
2) banyak mengingati Allah
3) bersandar kepada Allah
4) sentiasa mencari peluang berbuat baik
5) tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam
6) melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri
7)jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia

nah...antara ketujuh-tujuh kaedah tidak ada satu pun yang menyatakan bahagia dapat dicapai dengan duit yang berjuta-juta atau kaya harta benda..orang yang kaya harta benda tidak semestinya bahagia dan orang yang miskin tidak semestinya hidup derita..di sinilah kita nampak keadilan Allah SWT  yang tidak meletakkan kebahagiaan pada harta benda, tapi letaknya pada hati manusia..sebab itulah hati yang dekat pada Allah akan merasai kebahagiaan walaupun diuji dengan pelbagai ujian kerana mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap Allah.

kebahagiaan bukan terletak pada kekayaan
tetapi, sekaya manapun seseorang itu, sebesar mana pun rumah yang didiami, semewah mana pun kereta yang dimiliki, tetapi jiwa kosong..tidak diisi dengan makanan rohani, kebahagaan yang mereka kecapi hanya sementara. sekali diuji, mereka cepat melatah dan tidak menaruh keprcayaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

kesimpulannya, kebahagiaan itu datang daripada Allah SWT, maka dekatkanlah hati-hati kita kepadaNya..





Tuesday, April 9, 2013

Warna-warni kehidupan...



Warna-warni kehidupan...kehidupan ini sangat indah, seindah laut yang membiru, bumi yang menghijau, burung yang berkicauan memecahkan kesunyian dunia yang sepi..tapi, indah lagi penciptanya iaitu Allah SWT...Alhamdulillah segala pujian bagiNya kerana kita diberi peluang hidup di atas muka bumi ini untuk mengecapi segala nikmat kurniaanNya.

erm...semalam sehari suntuk berada di UKM mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan assignment...biasalah bila digelar sebagai mahasiswa, secocoklah dengan timbunan assignment yang menggunung tinggi, dah macam gunung everest..tunggu akhir semester barulah gunung tu gondol, dan tunggu semester akan datang, kita perlu mendaki gunung lagi..'gunung assignment'..begitulah putaran hidup, kalau tak disibukkan dan diuji dengan assignment, kita mungkin disibukkan dengan perkara lain..dunia ini adalah medan ujian untuk manusia..sebaiknya, gunalah peluang yang ada untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin.

Dalam perjalanan nak menuju ke Perpustakaan Tun Seri Lanang, saya sempat memerhati keadaan sekeliling..bermacam-macam orang yang saya jumpa..ada student cina, india, arab..student melayu tak ramai, mungkin balik bercuti..semuanya sibuk dengan tugasan masing-masing, mungkin mereka juga seperti saya yang perlu menyiapkan assignment yang bertimbun sehingga perlu korbankan waktu cuti midsem yang sepatutnya berada di kampung bersama keluarga..tapi, takpelah demi ilmu yang kucintai, ku korbankan waktu cuti..berkorban apa saja..hihihi.. ilmu sangat penting, bezanya ilmu dengan harta ialah bila kita kaya dengan ilmu, ilmu akan menjaga kita, tapi kalau kita hanya kaya dengan harta, kita yang perlu menjaga harta..jadi, galilah ilmu sebanyak mungkin, in Shaa Allah harta juga akan menyusul.

Perpustakaan Tun Sri Lanang,UKM



Buku yang dijadikan rujukan di library UKM
Dalam perjalanan, saya terpandang akak-akak cleaner yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan persekitaran. Sungguh mulia pekerjaan mereka, menjaga kebersihan bumi Allah SWT dan menyenangkan orang ramai dengan memberi pemandangan yang bersih dan menyejukkan mata memandang. Tanpa mereka, agaknya macam mana jadi keadaan sekeliling, penuh dengan sampah-sarap. Jadi, hargailah manusia walau siapa pun mereka, walau dalam posisi mana pun mereka berada, di atas atau di bawah. perbezaan inilah yang mencorakkan kehidupan dan menjadikan kehidupan indah.
Memerhatikan keadaan sekeliling di UKM yang terdapat orang yang berbagai agama, terdetik dalam hati ini,"Ya Allah, syukurnya diri ini diberi nikmat Islam sejak lahir lagi dan aku harap Allah tetapkan kakiku ini di atas jalan-jalan Islam untuk selamanya." Timbul rasa kasihan pada mereka, mereka hidup senang di dunia, tapi macam mana nasib mereka di akhirat nanti. Saya bukanlah penentu nasib sape-sape di akhirat nanti, tapi agama yang diterima di sisi Allah hanyalah ISLAM. Tapi, itu lah..HIDAYAH itu hanya milik Allah, kita hanya mampu berdoa, semoga mereka berfikir dengan semua kejadian alam ini, semuanya milik Allah.
Pernah tak terfikir, untungnya jadi binatang. Mereka tak perlu fikir soal tanggungjawab, tak punya dosa, tak perlu dihisab di akhirat kelak. Tetapi, siapalah kita nak melawan kejadian Allah. Kita hanyalah hamba Allah yang diberi pinjam jasad dan nyawa, semuanya milik Allah. Teringat lagu nyanyian Iwan Syahman yang berjudul 'Semua Allah Punya'.. https://www.youtube.com/watch?v=0LaQQ3bgyI0
ok, bye2..selamat berhibur dan menghayati lagu ni..SEMUA ALLAH PUNYA.. 

 




Sunday, April 7, 2013

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis


Assalamualaikum wbt..
Post pada kali ini saya ingin berkongsi satu video mengenai  syair yang telah membuatkan Imam Ahmad menangis apabila mendengarnya..syair ini membawa makna yang sangat menyentuh hati dan sangat beerti kerana ianya berkaitan dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini dan di akhirat kelak.
Antara maksud liriknya,

Jika Tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa.

terdetik di hati ini, andai itu soalan yang ditanya kepada diri ini, apa yang mampu dijawab? apa alasan yang boleh diberi? apakah mampu untuk kita berdalih di hadapan Rabbul Izzati? semua orang tahu, jawapannya mestilah TIDAK..meskipun begitu, manusia tetap leka dengan kehidupan ini, bergelumang dengan maksiat..bayangkan kalau kita nak berjumpa dengan raja atau Perdana Menteri dengan badan dipenuhi najis, apa yang kita rasa pada ketika itu, mesti kita malu kan? tetapi, tidakkah kita malu berhadapan dengan Allah dengan dipenuhi najis-najis dosa yang kita lakukan di atas muka bumi ini? 

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
seolah-olah aku ni dijamin untuk hidup selamanya
seakan mati tidak akan menemuiku

sudah menjadi lumrah manusia, hidup di dunia ini penuh dengan cita-cita dan impian yang indah-indah, sehingga kadang-kadang terlupa dengan nikmat syurga Allah swt yang lebih indah daripada seindah-indah nikmat di atas muka bumi ini..tidaklah menjadi kesalahan mempunyai cita-cita dan impian, tapi akhirat janganlah diketepikan, tapi jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk mencapai kejayaan di akhirat..bekerjalah seolah-olah kita hidup selama-lamanya di dunia, dan beramallah seolah-olah esok mati akan menjemput kita..ingatlah, kita masih ada kehidupan selepas mati, bukan terhenti setakat di dunia sahaja..

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab 
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

agak-agaknya kalau disoal, apa amalan yang hendak kita perkatakan di hadapan Allah? adakah kita telah menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya? adakah solat kita cukup lima waktu? kalau jawapannya YA, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana diberi hidayah oleh-Nya..namun begitu, kehidupan sebagai seorang muslim tidak cukup sekadar solat lima waktu sahaja..adakah kita telah menjalankan amanah sebagai seorang anak, ibu bapa, suami isteri, pelajar, atau pemimpin? itu semua akan disoal oleh Allah swt..

Itulah serba sedikit petikan daripada syair Arab yang ingin saya kongsikan bersama, harap ianya bermanfaat untuk semua..
Akhir kalam, "Ya Allah, Kau peliharalah hamba-hambaMu yang beriman daripada terjerumus ke dalam lembah maksiat yang boleh mengundang kemurkaanMu."

MATI itu PASTI

Saturday, April 6, 2013

inni akhofullah: pertemuan aku dan si dia

inni akhofullah: pertemuan aku dan si dia: Sahabat cerminan peribadi. . ~fiesha~ Alhamdulillah..rasa nak berkongsi satu perkara indah… berkenaan cinta.. perkenalan cintaku b...

erti kehidupan...


kehidupan…apakah ertinya kehidupan ini? adakah sekadar tidur, bangun pagi, makan, belajar bagi yang masih belajar, bekerja bagi yang bekerja dan lain-lain lagi..adakah itu dipanggil kehidupan? semua orang mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam kehidupan ini..tetapi adakah hidup ini cukup sekadar memenuhi keperluan hidup diri sendiri? tanpa memikirkan orang di sekeliling kita?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: barangsiapa yang tidur nyenyak dan tidak ambil peduli urusan umat Islam maka ia bukan dari golongan mereka (Islam).adakah kita ambil peduli urusan umat Islam di negara lain seperti Palestin, Gaza dan di Malaysia sendiri iaitu di Lahad Datu? atau kita hanya berkata “biarlah, bukan terjadi kat tempat aku pun”. 

tetapi ingatlah, walaupun kita tidak mempunyai pertalian darah dengan mereka, mereka adalah saudara seislam, mempunyai akidah yang sama.
Dalam al-Quran Allah SWT ada berfirman yang bermaksud: Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada- Ku. (Az-Zariyat:56).
jelas di sini bahawa kita diciptakan di atas muka bumi ini bukanlah untuk enjoy atau berseronok semata-mata dan bukanlah saja-saja Allah ciptakan kita, tapi ada tujuannya..iaitu beribadah kepada Allah swt.
beribadah ni luas skopnya, bukan sekadar berada di atas tikar sejadah saja baru dipanggil ibadah..tetapi segala amalan yang kita lakukan ikhlas kerana Allah itu adalah ibadah termasuklah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara seislam. wallahu a’lam..