Thursday, May 30, 2013

pencuri masa teragung

siapakah pencuri masa teragung? dalam buku motivasi yang bertajuk 'senyumlah' ada menyatakan  kemalasan untuk berbuat sesuatu ialah pencuri masa teragung. yang menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita yang liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dengan penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.

duduk tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah menyebabkan berlakunya pembaziran waktu..sesetengah individu tak tahu nak buat apa..katanya "bosanlah, tak tahu nak buat apa". sedangkan Imam Hassan al-Banna berkata "tanggungjawab melebihi masa yang ada".so, apa yang dapat difahami daripada kata-kata ini ialah tidak perlu timbul perasaan bosan disebabkan tak tahu nak buat apa, sedangkan seagai orang Islam banyak tanggungjawab..tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumu ini..

sebenarnya, jika tiada kerja yang bermanfaat, kita boleh bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku..boleh jugak dapat ilmu walaupun sedikit..ataupun berzikir, menulis, memebersihkan rumah dan buatlah apa sahaja yang bermanfaat yang boleh menjauhkan diri kita daripada termenung dan kebosanan.
kita perlu mengejar masa..masa takkan menunggu kita..

Tuesday, May 28, 2013

bersangka baik..

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain..." (al-Hujurat, ayat 12).

sungguh indah sekiranya ukhuwwah yang dijalinkan kerana Allah, tidak ada kepentingan tertentu..kadang-kadang manusia ni cakap je, saya sayang awak kerana Allah, saya bersahabat dengan awak kerana Allah..tapi, tak ramai yang betul-betul mengaplikasikannya..bila kita bersahabat kerana Allah, kita menerima sahabat kita seadanya..kita terima kelebihan dan kelemahannya..bila bersahabat kerana Allah, kita ingin bersahabat hingga ke syurga..'friends till jannah'..so, dalam persahabatan kejujuran sangat penting, kita bersahabat adalah untuk saling melengkapi, yang kurang sahabat tolong topupkan..kalau sahabat buat kesalahan, berani untuk tegur, bukan membiarkan atas alasan untuk menjaga perasaan..kalau sahabat yang baik, dia pasti dapat menerima teguran daripada sahabatnya..

dan yang paling penting yang saya nak highlightkan di sini ialah husnu zon atau sentiasalah bersangka  baik dengan sahabat, sesuailah dengan ayat al-Quran di mana sebahagian daripada prasangka itu dosa..kadang-kadang disebabkan oleh sangka buruk terhadap sahabat inilah yang menyebabkkan berlakunya pergaduhan dan menyebabkan ukhuwwah yang terjalin terjejas..dah kalau ukhuwwah sesama sendiri pun tak jaga, macam mana kita nak bergerak bersama menjalankan dakwah Islamiah? macam mana kita nak bersatu menentang musuh Allah? fikir-fikirkanlah..

di sini ada 3 peringkat ukhuwwah:
1) ithar- melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri
2) salamat al-sodri (berlapang dada)
3) husnul zon (bersangka baik)
* setinggi-tinggi peringkat ukhuwwah adalah ithar dan serendah-rendah ukhuwwah ialah husnul zon.

Monday, May 27, 2013

Ikhlas berbudi..

'Jangan harapkan terima kasih bila berbudi'.. ini adalah antara tajuk yang saya baca dalam buku motivasi 'senyumlah' yang pernah saya ceritakan dalam entri yang sebelum ni..sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, apabila berbuat sesuatu mesti mengharapkan pembalasan, kecuali orang beriman yang betul2 ikhlas kerana Allah.
tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah
Antara tips yang dikongsikan dalam buku ni untuk mendapat keikhlasan dalam beramal ialah semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.
selain itu, ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.
saya masih teringat ceramah daripada ustaz mase sekolah dulu, untuk mendapat kemanisan iman, kita perlu ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara. 2 perkara yang perlu kita ingat ialah kebaikan orang kepada kita dan keburukan kita kepada orang. 2 perkara yang perlu kita lupa ialah kebaikan kita kepada orang dan keburukan orang kepada kita..
syaitan-musuh yang nyata
semua ini hanya teori semata-mata kalau tidak dipraktikkan..memang nak buat sesuatu yang baik tu susah sebabnya syaitan takkan biarkan cucu-cicit Nabi Adam ni berbuat kebaikan..iblis laknatullah pernah berjanji akan menghasut cucu cicit Adam sehinggalah manusia ni mengikut langkah mereka..tetapi, Allah telah menurunkan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup orang Islam, jadi sekiranya manusia mengikut langkah syaitan, maka sesatlah hidup mereka..bermujahadahlah dalam melawan nafsu dan godaan syaitan..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
"jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita. apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan yang kita nak harapkan?" sekadar renungan ~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

Saturday, May 25, 2013

Senyumlah...

senyum itu sedekah..hurm,ayat ni sudah biasa kita dengar, cuma kadang2 susah untuk praktik..sesetengah orang ikut mood nak senyum..kalau mood ok, senyumlah..kalau mood tak ok,muka tu lebih masam daripada cuka kot..hehe..tapi, nak cakapnya betapa amalan senyum ni sangat dituntut dalam Islam sehingga pahalanya sama dengan pahala bersedekah,jadi sangat rugi orang yang tak nak merebut pahala ni, sedangkan tak payah keluar duit walau sesen pun..tapi, janganlah senyum tak bertempat pulak..nanti orang cakap tak betul plak, kan susah..
saya sebenarnya nak share mengenai satu buku motivasi yang bertajuk 'senyumlah' karya Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi saya, buku ini sangat bagus dan saya amat menggalakkan orang ramai membacanya...ia mengandungi petua dan nasihat yang boleh menceriakan hidup kita selain amat berguna sebagai sumber motivasi dan tazkirah untuk kesedaran pada perkara yang kita selalu lupa. 
saya beli buku ni sebabnya adalah sorang sahabat saya ni memang dah lama cari buku ni, dan kebetulan hari tu saya online dan saya dapat tahu buku ni dah ada cetakan baru, jadi saya apa lagi,terus orderlah 2 buah dan kebetulan jugak hari tu dah dekat dengan besday sahabat saya, memang sangat sesuailah..hehe..;) saya berharap dia suka dengan hadiah tu..
bercakap mengenai senyum ni, semua orang Islam tahu senyum adalah ibadah yang mana disebutkan dalam hadis riwayat Tirmizi, Ibnu Hibban dan Baihaqi "tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah". 
ada satu kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?"
Rasulullah SAW bersabda, "senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

p/s: ringan2 kanlah mulut untuk senyum dan moga dengan senyuman, sama-sama kita mencapai redha Ilahi..senyumlah..senyumlah..wahai sahabatku..
comel jer kucing senyum..senyuman ikhlas dari hati..^_^


Friday, May 24, 2013

kenangan bersama pimpinan organisasi...

Assalamualaikum wbt..
Hari ini hari yang sangat bahagia rasanya sebabnya selesai sudah program akhir tahun organisasi
iaitu Malam Perdana Siswa (MPS). So, hari ni saya nak menceritakan sedikit kenangan yang indah bersama rakan-rakan organisasi dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah, akhirnya program ini berlangsung dengan jayanya walaupun banyak konflik yang berlaku antara kami, para pimpinan sendiri dan juga dengan staff pejabat. Hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya kami untuk menjayakan program ini. 

sibuknya kawan2ku..tapi masih ceria menjelang subuh..^_^
Tetapi, yang pastinya apa yang saya nampak melalui program ini ialah kerjasama antara ahli pasukan sangat penting untuk mendapat hasil yang baik, tidak kira lah sama ada kita ni orang bawahan atau orang atasan..kerana, tanpa orang bawah, sesuatu kerja itu tidak akan berjaya dan pada masa yang sama orang bawah juga perlu menghormati orang atasan, barulah kita dapat hasil yang baik. Jadi, dalam entri kali ni, saya nak cerita lah sikit antara persiapan yang kami buat..hurm, semua ni dah jadi kenangan, sedih la plak bila teringat semua ni, hehe..

kerjasama yang padu menyiapkan bunga
Untuk program ni, saya bahagian cenderamata bersama Iffah, tapi dah banyak yang selesai. so, saya tolong la bahagian hiasan dan jamuan, bahagian k.shida dan kudek. kesian kat diorang sebabnya banyak sangat kerja diorang..kesnya, bajet tak cukup, jadi kami kena berjimat-cermat dan bunga-bunga untuk hiasan kami kena buat sendiri..jadi, kami berhempas pulas tenaga buat bunga banyak-banyak, cari botol untuk dijadikan pasu, cari paku-pakis untuk buat hiasan pentas dan macam-macam lagi lah kena buat..tapi, best sebenarnya..satu, dapat belajar buat bunga dengan kertas dan keduanya, kat sini kita nampak kerjasama antara ahli pasukan dan memupuk ukhuwwah antara kami semua.. 

kami terpaksa tidur lewat malam untuk beberapa hari sebelum program untuk menyiapkan bunga-bunga tu, kalau tak habis la bahagian hiasan..tapi,alhamdulillah, berkat kerjasama kami, semua berjalan lancar. tapi, serius saya cakap, walaupun letih sebab tidur lewat, saya tak rasa semua tu beban sebabnya kalau kita buat kerja dalam keadaan happy, kita tak akan rasa tertekan..tambah pula, antara kami ni ada penghibur,hehe..macam-macam gelagat ada..bila kita buat kerja sama-sama kita akan kenal perangai masing-masing, ada yang jenis cakap banyak, ada yang jenis lawak dan macam-macam la..
kesimpulannya..saya seronok bekerja bersama mereka yang ceria..;)



k.shida..semangat buat bunga ^_^
ini hasilnya gubahan bunga daripada kertas..cantikkan..




Wednesday, May 15, 2013

politik, islam dan kehidupan..

assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana diri ini masih diberi peluang untuk berkongsi something yang bermanfaat untuk semua in shaa Allah..hari ni saya nak berkongsi mengenai politik dan kaitannya dengan Islam dan kehidupan kita..Alhamdulillah, negara kita baru sahaja  melepasi fatrah pilihanraya dan beruntunglah orang-orang yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi dan ruginya orang yang tidak ambil kisah langsung mengenai politik dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.tidak kisahlah parti mana yang dipilih,masing-masing mempunyai alasan atas pilihan masing-masing..yang penting,kita jalankan tanggungjawab untuk turun mengundi. Negara kita yang menjalankan sistem demokrasi menggunakan pilihanraya sebagai medium untuk kita pilih orang yang kita mahu jadikannya sebagai imam atau pemimpin kita. negara kita ni diibaratkan seperti sebuah masjid yang di dalamnya ada seorang imam iaitu pemimpin dan makmum iaitu rakyat. so, kita sebagai rakyatlah yang menentukan siapa pemimipin kita. sekiranya baik seorang pemimpin, maka baiklah rakyatnya dan begitulah juga sebaliknya.

ok, berbalik kepada tajuk, apakah itu politik? dan apakah kaitannya dengan Islam? kawan2, kita semua tahu, Islam adalah agama yang syumul iaitu merangkumi seluruh aspek kehidupan..iaitu aspek ekonomi, pendidikan, siasah dan lain2..pemikiran sekularisme yang tersebar dikalangan manusia sekarang menyebabkan mereka tidak peduli dengan isu politik, katanya politik tidak ada kaitan dengan agama dan kehidupan mereka..seorang penyair German, Bertolt Brecht berkata "orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak, tak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli hal-hal politk, dan dengan megah dia mengata dia benci politik. Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, kecurian dan yang paling teruk sekali ialah ia menyumbang kepada korupsi dan eksploitasi agensi kerajaan,"..ada juga yang kata malas la nak fikir soal politik ni, complex sangat, ada yang terlibat dengan rasuah la dan macam2 lagi untuk mendapatkan kuasa..di sinilah timbulnya ada yang cakap politik ini kotor..sebenarnya politik itu sendiri tidak kotor, tapi, manusialah yang mengotorkannya..kalau kita hayati sirah Rasulullah saw, beliau juga terlibat dalam politik pada zaman baginda, cuma, namanya tidak dipanggil politik.

sebelum saya menceritakan politik pada zaman Rasulullah saw, terlebih dahulu kita faham apa yang dimaksudkan dengan politik...
1) menurut Ramlan Surbakti (1999:1) bahawa definisi politik adalah interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentangkebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu.
2) menurut Kartini Kartono (1996:64) bahawa politik dapat diertikan sebagai aktivitas perilaku atau proses yang menggunakan kekuasaan untuk menegakkan peraturan-peraturan dan keputusan-keputusan yang sah berlaku di tengah masyarakat.
3) menurut Hassan al-Banna, siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam sama ada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata.

untuk mengetahui lebih lanjut mengenai politik Islam, anda boleh melewati blog Ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/76-memahami-politik-islam.html
berikut adalah contoh siasah syariah yang berlaku pada zaman baginda SAW..ni saya ambil daripada blog ustaz zaharuddin..
1) menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukum sebat sebagai pengajaran.
2) merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3) memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak kali ke-4, hukum ini dinasakhkan selepas itu.
sampai setakat ni sahaja perkongsian saya..untuk terakhirnya, dalamilah ilmu sedalam-dalamnya untuk mengeluarkan diri kita ni daripada kejahilan..wassalam.