Sunday, April 7, 2013

Syair yang membuatkan Imam Ahmad menangis


Assalamualaikum wbt..
Post pada kali ini saya ingin berkongsi satu video mengenai  syair yang telah membuatkan Imam Ahmad menangis apabila mendengarnya..syair ini membawa makna yang sangat menyentuh hati dan sangat beerti kerana ianya berkaitan dengan kehidupan manusia di atas muka bumi ini dan di akhirat kelak.
Antara maksud liriknya,

Jika Tuhanku bertanya padaku..
Tidak malukah kau bermaksiat padaKu?
Kau sembunyikan dosamu dari makhluk-Ku
Dan datang pada-Ku dengan penuh dosa.

terdetik di hati ini, andai itu soalan yang ditanya kepada diri ini, apa yang mampu dijawab? apa alasan yang boleh diberi? apakah mampu untuk kita berdalih di hadapan Rabbul Izzati? semua orang tahu, jawapannya mestilah TIDAK..meskipun begitu, manusia tetap leka dengan kehidupan ini, bergelumang dengan maksiat..bayangkan kalau kita nak berjumpa dengan raja atau Perdana Menteri dengan badan dipenuhi najis, apa yang kita rasa pada ketika itu, mesti kita malu kan? tetapi, tidakkah kita malu berhadapan dengan Allah dengan dipenuhi najis-najis dosa yang kita lakukan di atas muka bumi ini? 

Aku terus menyogok jiwaku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas aku dikafankan
seolah-olah aku ni dijamin untuk hidup selamanya
seakan mati tidak akan menemuiku

sudah menjadi lumrah manusia, hidup di dunia ini penuh dengan cita-cita dan impian yang indah-indah, sehingga kadang-kadang terlupa dengan nikmat syurga Allah swt yang lebih indah daripada seindah-indah nikmat di atas muka bumi ini..tidaklah menjadi kesalahan mempunyai cita-cita dan impian, tapi akhirat janganlah diketepikan, tapi jadikanlah kehidupan dunia ini sebagai jambatan untuk mencapai kejayaan di akhirat..bekerjalah seolah-olah kita hidup selama-lamanya di dunia, dan beramallah seolah-olah esok mati akan menjemput kita..ingatlah, kita masih ada kehidupan selepas mati, bukan terhenti setakat di dunia sahaja..

Akan ku disoal apa yang telah aku lakukan di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?
maka bagaimana akan ku jawab 
setelah aku mengabaikan urusan agamaku?

agak-agaknya kalau disoal, apa amalan yang hendak kita perkatakan di hadapan Allah? adakah kita telah menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya? adakah solat kita cukup lima waktu? kalau jawapannya YA, alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana diberi hidayah oleh-Nya..namun begitu, kehidupan sebagai seorang muslim tidak cukup sekadar solat lima waktu sahaja..adakah kita telah menjalankan amanah sebagai seorang anak, ibu bapa, suami isteri, pelajar, atau pemimpin? itu semua akan disoal oleh Allah swt..

Itulah serba sedikit petikan daripada syair Arab yang ingin saya kongsikan bersama, harap ianya bermanfaat untuk semua..
Akhir kalam, "Ya Allah, Kau peliharalah hamba-hambaMu yang beriman daripada terjerumus ke dalam lembah maksiat yang boleh mengundang kemurkaanMu."

MATI itu PASTI

1 comment:

  1. MasyaAllah...mase mula2 baca syair nie yang kak miah dah tulis, sayu je rasa hati nie...
    Peringatan buat kita semua...
    Janji Allah adalah kepastian & Syurga adalah tempat yg terindah yg x dpt kite bayangkn kenikmatannya...
    balance kn dunia & akhirat...

    ReplyDelete