Tuesday, May 28, 2013

bersangka baik..

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain..." (al-Hujurat, ayat 12).

sungguh indah sekiranya ukhuwwah yang dijalinkan kerana Allah, tidak ada kepentingan tertentu..kadang-kadang manusia ni cakap je, saya sayang awak kerana Allah, saya bersahabat dengan awak kerana Allah..tapi, tak ramai yang betul-betul mengaplikasikannya..bila kita bersahabat kerana Allah, kita menerima sahabat kita seadanya..kita terima kelebihan dan kelemahannya..bila bersahabat kerana Allah, kita ingin bersahabat hingga ke syurga..'friends till jannah'..so, dalam persahabatan kejujuran sangat penting, kita bersahabat adalah untuk saling melengkapi, yang kurang sahabat tolong topupkan..kalau sahabat buat kesalahan, berani untuk tegur, bukan membiarkan atas alasan untuk menjaga perasaan..kalau sahabat yang baik, dia pasti dapat menerima teguran daripada sahabatnya..

dan yang paling penting yang saya nak highlightkan di sini ialah husnu zon atau sentiasalah bersangka  baik dengan sahabat, sesuailah dengan ayat al-Quran di mana sebahagian daripada prasangka itu dosa..kadang-kadang disebabkan oleh sangka buruk terhadap sahabat inilah yang menyebabkkan berlakunya pergaduhan dan menyebabkan ukhuwwah yang terjalin terjejas..dah kalau ukhuwwah sesama sendiri pun tak jaga, macam mana kita nak bergerak bersama menjalankan dakwah Islamiah? macam mana kita nak bersatu menentang musuh Allah? fikir-fikirkanlah..

di sini ada 3 peringkat ukhuwwah:
1) ithar- melebihkan sahabat berbanding kepentingan sendiri
2) salamat al-sodri (berlapang dada)
3) husnul zon (bersangka baik)
* setinggi-tinggi peringkat ukhuwwah adalah ithar dan serendah-rendah ukhuwwah ialah husnul zon.

No comments:

Post a Comment