Monday, May 27, 2013

Ikhlas berbudi..

'Jangan harapkan terima kasih bila berbudi'.. ini adalah antara tajuk yang saya baca dalam buku motivasi 'senyumlah' yang pernah saya ceritakan dalam entri yang sebelum ni..sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, apabila berbuat sesuatu mesti mengharapkan pembalasan, kecuali orang beriman yang betul2 ikhlas kerana Allah.
tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah
Antara tips yang dikongsikan dalam buku ni untuk mendapat keikhlasan dalam beramal ialah semasa beramal, buangkan harapan bahawa orang yang menerima bantuan tersebut akan mengingati kita dan mengenang budi, mengingati sejarah bahawa kita pernah membantunya.
selain itu, ingatlah beramal dan berbuat baik adalah untuk mendapat keredhaan Allah. Asalkan kita sentiasa beringat bahawa beramal adalah untuk mendapat keredhaan Allah, orang yang tidak mengenang budi, tidak membalas atau membalas dengan nilai jahat tidak akan dapat melukai hati kita.
saya masih teringat ceramah daripada ustaz mase sekolah dulu, untuk mendapat kemanisan iman, kita perlu ingat 2 perkara dan lupa 2 perkara. 2 perkara yang perlu kita ingat ialah kebaikan orang kepada kita dan keburukan kita kepada orang. 2 perkara yang perlu kita lupa ialah kebaikan kita kepada orang dan keburukan orang kepada kita..
syaitan-musuh yang nyata
semua ini hanya teori semata-mata kalau tidak dipraktikkan..memang nak buat sesuatu yang baik tu susah sebabnya syaitan takkan biarkan cucu-cicit Nabi Adam ni berbuat kebaikan..iblis laknatullah pernah berjanji akan menghasut cucu cicit Adam sehinggalah manusia ni mengikut langkah mereka..tetapi, Allah telah menurunkan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup orang Islam, jadi sekiranya manusia mengikut langkah syaitan, maka sesatlah hidup mereka..bermujahadahlah dalam melawan nafsu dan godaan syaitan..mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis.
"jangan berasa susah hati sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita. apa yang nak disedihkan, sedangkan manusia sendiri ramai yang tidak tahu bersyukur terhadap Allah, jadi apakah layanan balasan yang kita nak harapkan?" sekadar renungan ~Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man~

No comments:

Post a Comment