assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana diri ini masih diberi peluang untuk berkongsi something yang bermanfaat untuk semua in shaa Allah..hari ni saya nak berkongsi mengenai politik dan kaitannya dengan Islam dan kehidupan kita..Alhamdulillah, negara kita baru sahaja melepasi fatrah pilihanraya dan beruntunglah orang-orang yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi dan ruginya orang yang tidak ambil kisah langsung mengenai politik dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi.tidak kisahlah parti mana yang dipilih,masing-masing mempunyai alasan atas pilihan masing-masing..yang penting,kita jalankan tanggungjawab untuk turun mengundi. Negara kita yang menjalankan sistem demokrasi menggunakan pilihanraya sebagai medium untuk kita pilih orang yang kita mahu jadikannya sebagai imam atau pemimpin kita. negara kita ni diibaratkan seperti sebuah masjid yang di dalamnya ada seorang imam iaitu pemimpin dan makmum iaitu rakyat. so, kita sebagai rakyatlah yang menentukan siapa pemimipin kita. sekiranya baik seorang pemimpin, maka baiklah rakyatnya dan begitulah juga sebaliknya.
sebelum saya menceritakan politik pada zaman Rasulullah saw, terlebih dahulu kita faham apa yang dimaksudkan dengan politik...
1) menurut Ramlan Surbakti (1999:1) bahawa definisi politik adalah interaksi antara pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan yang mengikat tentangkebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah tertentu.
2) menurut Kartini Kartono (1996:64) bahawa politik dapat diertikan sebagai aktivitas perilaku atau proses yang menggunakan kekuasaan untuk menegakkan peraturan-peraturan dan keputusan-keputusan yang sah berlaku di tengah masyarakat.
3) menurut Hassan al-Banna, siasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam sama ada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata.
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai politik Islam, anda boleh melewati blog Ustaz Zaharuddin di http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/76-memahami-politik-islam.html
berikut adalah contoh siasah syariah yang berlaku pada zaman baginda SAW..ni saya ambil daripada blog ustaz zaharuddin..
1) menggandakan denda ke atas pencuri yang tidak cukup nisabnya untuk dipotong tangan, malah dilaksanakan hukum sebat sebagai pengajaran.
2) merampas harta individu yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3) memerintahkan agar dihukum bunuh bagi peminum arak kali ke-4, hukum ini dinasakhkan selepas itu.
sampai setakat ni sahaja perkongsian saya..untuk terakhirnya, dalamilah ilmu sedalam-dalamnya untuk mengeluarkan diri kita ni daripada kejahilan..wassalam.

No comments:
Post a Comment