Friday, May 24, 2013

kenangan bersama pimpinan organisasi...

Assalamualaikum wbt..
Hari ini hari yang sangat bahagia rasanya sebabnya selesai sudah program akhir tahun organisasi
iaitu Malam Perdana Siswa (MPS). So, hari ni saya nak menceritakan sedikit kenangan yang indah bersama rakan-rakan organisasi dalam menjayakan program ini. Alhamdulillah, akhirnya program ini berlangsung dengan jayanya walaupun banyak konflik yang berlaku antara kami, para pimpinan sendiri dan juga dengan staff pejabat. Hanya Allah saja yang tahu betapa berdebarnya kami untuk menjayakan program ini. 

sibuknya kawan2ku..tapi masih ceria menjelang subuh..^_^
Tetapi, yang pastinya apa yang saya nampak melalui program ini ialah kerjasama antara ahli pasukan sangat penting untuk mendapat hasil yang baik, tidak kira lah sama ada kita ni orang bawahan atau orang atasan..kerana, tanpa orang bawah, sesuatu kerja itu tidak akan berjaya dan pada masa yang sama orang bawah juga perlu menghormati orang atasan, barulah kita dapat hasil yang baik. Jadi, dalam entri kali ni, saya nak cerita lah sikit antara persiapan yang kami buat..hurm, semua ni dah jadi kenangan, sedih la plak bila teringat semua ni, hehe..

kerjasama yang padu menyiapkan bunga
Untuk program ni, saya bahagian cenderamata bersama Iffah, tapi dah banyak yang selesai. so, saya tolong la bahagian hiasan dan jamuan, bahagian k.shida dan kudek. kesian kat diorang sebabnya banyak sangat kerja diorang..kesnya, bajet tak cukup, jadi kami kena berjimat-cermat dan bunga-bunga untuk hiasan kami kena buat sendiri..jadi, kami berhempas pulas tenaga buat bunga banyak-banyak, cari botol untuk dijadikan pasu, cari paku-pakis untuk buat hiasan pentas dan macam-macam lagi lah kena buat..tapi, best sebenarnya..satu, dapat belajar buat bunga dengan kertas dan keduanya, kat sini kita nampak kerjasama antara ahli pasukan dan memupuk ukhuwwah antara kami semua.. 

kami terpaksa tidur lewat malam untuk beberapa hari sebelum program untuk menyiapkan bunga-bunga tu, kalau tak habis la bahagian hiasan..tapi,alhamdulillah, berkat kerjasama kami, semua berjalan lancar. tapi, serius saya cakap, walaupun letih sebab tidur lewat, saya tak rasa semua tu beban sebabnya kalau kita buat kerja dalam keadaan happy, kita tak akan rasa tertekan..tambah pula, antara kami ni ada penghibur,hehe..macam-macam gelagat ada..bila kita buat kerja sama-sama kita akan kenal perangai masing-masing, ada yang jenis cakap banyak, ada yang jenis lawak dan macam-macam la..
kesimpulannya..saya seronok bekerja bersama mereka yang ceria..;)



k.shida..semangat buat bunga ^_^
ini hasilnya gubahan bunga daripada kertas..cantikkan..




2 comments: